top of page

Segerakan RUU Anti Lompat Parti, PM perlu tunai janji - Anwar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 29, 2022
1 min read


Rang Undang undang (RUU) Anti Lompat Parti yang tertangguh pembentangannya di Dewan Rakyat sejak awal 2022 lalu didesak untuk dibentangkan segera dalam Sidang Khas Parlimen sebelum Julai ini.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri berjanji untuk membentangkan RUU berkenaan sebelum sidang sesi Julai - Ogos, oleh itu hanya ada masa sebulan untuk melakukannya.


"18 Julai jadual asal sidang parlimen. Yang dijanjikan PM sebelumnya. Kita rancang sebelum akhir Mei tetapi ada alasan, lepas raya, kita kata tak apalah awal Jun. Tetapi kita masih menunggu keputusan PM," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Sambutan Raya Mat Moto 1.0 Port Dickson Attack, semalam.


Ditanya sama ada RUU tersebut menyebabkan Ahli Parlimen tidak akan menubuhkan parti baharu atau melompat sebagaimana tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin baru baru ini, Anwar berkata parti baharu boleh disertai namun ahli parlimen berkenaan hilang jawatan.


"RUU ini tak boleh dikebelakangkan, mesti ke hadapan. Orang orang ini dapat mandat atas nama parti pada (PRU) 2018 termasuk Zuraida atas nama KEADILAN. Entah berapa kali lagi nak lompat saya tak tahulah. Sebelum ada undang undang (anti lompat)


"Penubuhan parti baru boleh, malah tak menghalang orang keluar (parti) dan tubuh tetapi dia akan lepas orang itu sebagai ahli parlimen," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page