top of page

Segerakan Enakmen Anti Lompat Parti di DUN Terengganu



Rang Undang undang (RUU) Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti atau RUU Anti Lompat Parti yang telah diluluskan di peringkat Kerajaan Persekutuan seharusnya segera dibahasa dan diluluskan di DUN Terengganu pada sesi sidang Oktober ini.


Menurut KEADILAN Cabang Kemaman, RUU tersebut penting diluluskan sebagai enakmen di peringkat negeri agar tidak berlaku sebarang aktiviti tidak bermoral dalam politik selepas Pilihan Raya Umum ke 15.


"KEADILAN Kemaman menggesa Kerajaan Negeri Terengganu supaya segera membentangkan Enakmen Anti Lompat Parti di persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang supaya dapat dilulus dan diwartakan dengan kadar segera.


"Gesaan ini dibuat melihat kepada polemik PRU 15 yang semakin bertiup kencang akhir-akhir ini. Kerajaan Negeri harus bertindak pantas membentang serta meluluskannya di peringkat DUN seterusnya diwartakan memandangkan tempoh masa sebelum DUN terbubar akan tamat tidak lama lagi," kata KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, biar pun Pas menyatakan negeri yang ditadbir parti itu tidak akan membubarkan DUN serentak dengan Persekutuan namun tempoh tamat penggal bagi DUN Terengganu adalah pada Mei 2023.


Justeru, amat penting RUU Anti Lompat Parti di peringkat Persekutuan diselaraskan pada peringkat negeri agar tidak berlaku sebarang percanggahan.


"Pewartaan enakmen di peringkat negeri amat penting bagi menyelaraskan dengan undang-undang anti lompat parti yang telah diluluskan Parlimen pada Ogos lalu," kata kenyataan itu lagi.


Undang-undang anti lompat parti penting bagi menghalang peristiwa Langkah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan kerana wakil rakyatnya bertindak belot dan berpaling tadah.


Kesan daripada peristiwa 3 tahun lalu itu menyaksikan negara terus berada dalam pelbagai krisis politik dan ekonomi yang tidak berkesudahan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page