Segerakan reformasi Parlimen, pentadbiran - Maria Chin



Reformasi pentadbiran, sistem pemerintahan dan Parlimen perlu disegerakan.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, dengan memorandum kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan beberapa reformasi penting yang tidak dapat dilakukan sebelum ini, sepatutnya akan berjaya dilakukan pada sesi Parlimen seterusnya.


"Saya rasa yang penting (dalam MoU adalah) mereformasi Parlimen. Jawatankuasa Khas kita perlukan (lebih banyak) untuk memantau kerajaan. Bagaimana duit digunakan, apa yang masuk dalam bajet dan apa undang-undang yang boleh mempertahankan hak-hak rakyat yang kita perlukan.


"Kita di dalam pandemik dan ekonomi lemah. Jadi bagaimana kita boleh kerjasama bincang dengan Kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi. Ini juga boleh dibincang dalam jawatankuasa khas.


"Selain itu, Akta Perkhidmatan Parlimen yang dibubarkan juga perlu dibawa balik supaya Parlimen jadi lebih bebas. Dia boleh ada bajet sendiri dan menjalankan pentadbiran sendiri serta tidak dipengaruhi oleh Eksekutif.


"Kalau kita ada akta ini maka kita boleh meneruskan dengan kerja-kerja di Parlimen yang mana kita boleh memperkuatkan demokrasi berparlimen, dan kita perlu melihat (memperbaiki) beberapa undang-undang untuk membawa kestabilan politik," katanya dalam wawancara bersama Lensa Parlimen.


Menurut Maria lagi, akta-akta yang tidak boleh dilakukan oleh Kerajaan kerana melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan 2/3 undi, seharusnya tidak lagi menjadi halangan dan boleh diusahakan oleh Kerajaan secepat mungkin dalam kerangka MoU tersebut.


"Antaranya akta anti lompat parti yang sehingga kini kita belum bincang. Tak ada jawatankuasa khas untuk kita bincang beri cadangan atau dari kerajaan, apa akta lompat parti yang mereka hendak. Sampai sekarang saya lihat tak ada draf.


"Timbalan Speaker Azalina cadangkan (akta) pemilihan (pilihan raya) semula. Ada beberapa perbezaaan antara (lompat parti dan pemilihan) dan kita perlu bincang kedua-dua akta ini supaya tidak ada keadaan 3 tahun kita tukar kerajaan tiga kali. Menagpa kita tukar parti kerana mungkin kerana dijanji jawatan, posisi dan sebaginya. Isu ini perlu dibincang di Parlimen

"Begitu juga IPCMC untuk memperkuatkan pentadbiran dan pengurusan PDRM. Ini diperlukan bukan kerana mereka tidak buat kerja, kita mahu PDRM yang berintegriti.


"Kebajikan PDRM perlu dijaga, berek mereka telah diabaikan, beberapa kebajikan mereka belum dapat. Kita pun ada undang-undang yang mejejaskan hak asasi manusia seperti SOSMA, POCA dan POTA. Semua ini membenarkan mahkamah dan polis membuat penahanan tanpa perbicaraan. Ini menjejaskan hak asasi manusia.


"Saya rasa boleh kita buat (pembaikan) kerana dah lama kita bincang akta ini mungkin sejak adanya reformasi. Sampai sekarang kita belum dapat apa-apa perubahan. Kalau kerajaan serius tentang MoU maka uruskan semua ini," katanya.


Ditanya apakah rakyat perlu ke jalan raya sekiranya mahu membantah dalam suasana endemik Covid 19, Maria berkata hal itu adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Namun penganjurannya perlu mengikut SOP yang ketat dan keadaan tidak lagi sama seperti sebelum ini.


Mengenai Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalannya pula, Maria menganggap mereka tidak memahami sepenuhnya tugas sebagai speaker kerana sering menghalang usul penting dari pembangkang, terutama usul membahaskan mengenai Pandora Papers.


"Sepatutnya Speaker atau Timbalan Speaker hendaklah mengambil pendirian yang neutral. Saya rasa kecewa terhadap Speaker yang kita ada dan timbalannya kerana beberapa kali isu yang dibawa oleh pembangkang (diketepikan).


"Ketua Pembangkang cuba melontarkan pandangan membincang Pandora Papers. Sebagai Speaker dia menentang perbincangan ini dengan alasan sangat lemah. Dia kurang faham apa tujuan Ahli Parlimen datang ke dewan. Ini satu isu yang menyentuh negara kita.


"Tempat terbaik bincang ialah Parlimen. Dia gagal faham, ada pula yang dia jawab untuk kerajaan (berpihak)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER