top of page

Segerakan reformasi Mahkamah Adat, beri keadilan kepada semua


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Sarawak digesa segera melakukan reformasi Mahkamah Adat Bumiputera bagi memberi keadilan kepada semua pihak.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Roland Engan, cadangan menaik taraf mahkamah itu sepatutnya melibatkan semua pemegang taruh bagi meneliti hasil kajian dan cadangan untuk tujuan penambahbaikan.


"Keadilan yang lewat ialah sama dengan ketiadaan keadilan (justice delayed is not justice at all). Kes melibatkan pertikaian tanah adat semakin meningkat di Mahkamah Adat Bumiputera di Sarawak.


"Pihak-pihak dan peguam mereka tidak patut dipersalahkan sedangkan Mahkamah tersebut kekurangan hakim untuk mendengar dan membuat keputusan kes," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Roland memberi cadangan kepada kerajaan Sarawak bagi memastikan reformasi Mahkamah Adat Bumiputera segera dicapai.


Antaranya menambah bilangan hakim dan pegawai dalam Mahkamah Adat selain meningkatkan kaedah-kaedah proses Mahkamah Adat Bumiputera.


"Selain itu, mengembalikan kuasa (Mahkamah Adat) membicarakan pertikaian tanah adat di kalangan sesama pemilik tanah adat, kepada Ketua Masyarakat dan mewujudkan akademi khas untuk pelatihan berkaitan Adat Bumiputera khususnya kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum," ujarnya.


Beliau juga mencadangkan beberapa suruhanjaya ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan dan kuatkuasa hukum bagi Mahkamah Adat berjalan lancar.


"Di bawah Mahkamah Adat itu diwujudkan Suruhanjaya Adat Bumiputera Sarawak, Suruhanjaya Perlantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dan Suruhanjaya Kehakiman Khas bagi Mahkamah Adat Bumiputera di Sarawak.


"Pemberian elaun khas Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum yang bertindak sebagai Hakim dan Pengapit dalam Mahkamah Adat Bumiputera dan Yayasan Bantuan Guaman Mahkamah Adat Bumiputera ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan kewangan untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Adat Bumiputera," katanya lagi


Manakala bagi memastikan kepakaran pengetahuan tradisional itu terus dipelihara, Roland mencadang sebuah akademik khas ditubuhkan dalam kalangan bumiputera Sarawak dengan kerjasama Pusat Biodiversiti Sarawak yang sedia ada.


Selain itu, katanya, adat semua etnik Bumiputera Sarawak mesti dibukukan segera dan ditambah baik supaya pemakaian adat itu berkembangan seiring dengan kepesatan dunia kini.

0 comments

Komentarai


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page