Segerakan proses dekriminalisasi cubaan bunuh diri


Senator Dewan Negara, Fadhlina Sidek menyifatkan bahawa proses dekriminalisasi jenayah cubaan bunuh diri perlu dilaksanakan dengan segera.


Ini selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) sedang menimbangkan cadangan untuk tidak lagi menjadikan percubaan membunuh diri sebagai jenayah sebagaimana yang terkandung di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.


"Mengambil kira perkembangan kesihatan mental rakyat dan gesaan keras yang dibuat oleh komuniti advokasi kesihatan mental, saya menggesa agar proses dekriminalisasi jenayah cubaan bunuh diri tersebut disegerakan oleh kerajaan tanpa sebarang kelengahan.


"Saya menegaskan bahawa pendirian ini telah dibuat dengan tegas semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu, dengan melihat bahawa undang-undang sedia ada tidak efektif dalam memastikan individu yang cenderung membunuh diri untuk mendapatkan bantuan dan rawatan. Malah ia menyebabkan mereka sedaya upaya memastikan percubaan bunuh diri tersebut berjaya," katanya dalam kenyataan.


Fadhlina yang juga Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, berpandangan pendekatan hukuman sedia ada tidak sejajar dengan pendekatan intervensi, rawatan dan pemulihan yang sebenarnya lebih diperlukan untuk merawat mereka yang berhadapan dengan isu kesihatan mental.


"Akhirnya, saya menggesa agar proses dekriminalisasi jenayaah cubaan bunuh diri ini disegerakan tanpa sebarang kelengahan oleh Pejabat Peguam Negara dengan siri-siri libat urus dengan pemegang taruh secara efektif sebelum dibawa ke Parlimen.


"Impak pandemik bukan sahaja telah mengorbankan nyawa rakyat terbanyak. Malah telah meragut kesihatan mental rakyat yang sangat memerlukan dokongan emosi dan intervensi segera dalam konteks penyelesaian holistik dalam polisi kesihatan awam negara," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER