top of page

Segerakan pengasingan kuasa antara Peguam Negara - Pendakwaraya



Perlepasan tanpa pembebasan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan dan pelbagai kritikan yang berlegar ke aras kes itu di media sosial memberi satu petanda untuk menyegerakan reformasi undang undang.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat, pemisahan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwaraya amat perlu disegerakan bagi mengurangkan kritikan ke atas kerajaan sekiranya hal sama berulang pada masa hadapan.


"Berita ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia di mana Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri.


"Selain itu, saya rasa perlu diberikan penjelasan terhadap DNAA. Menerusi DNAA, orang yang kena tuduh memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu.


"Bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan balik di mahkamah atas pertuduhan yang sama.


"DNAA membolehkan pendakwaan semula dengan bukti yang lebih kukuh, dan ini akan mendorong kepada pendakwaan yang tidak dapat dicabar pihak defendan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Dewan Negeri Rawang itu lagi, apabila Peguam Negara dan Pendakwaraya bukanlah orang yang sama, keadaan dan profesionalisme pasukan perundangan akan lebih dipertimbangkan dan diyakini rakyat.


"(Oleh itu) kerajaan perlu segerakan reformasi terhadap peranan Peguam Negara dan Pendakwaraya yang terletak pada individu sama, perlu dipisahkan supaya keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan semakin meningkat.


"Tambahan pula tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campurtangan dalam kes mahkamah," ujarnya.


Mengenai kes DNAA berkenaan, Wei Kiat berpandangan, hakim tentunya akan membebaskan terduduh sekiranya pihak pendakwaan kekurangan bukti kukuh atau tidak mahu meneruskan kes tesebut.


"Saya mempunyai pemikiran yang sama dengan hakim, Collin Lawrence. Jika Pihak pendakwaan tidak dapat bukti yang kukuh atau tidak ingin meneruskan lagi pertuduhan ini maka masa kehakiman yang berharga akan menjadi sia-sia, dan duit pembayar cukai juga akan dibazirkan," katanya lagi.


Semalam, Zahid dilepas tanpa dibebaskan di atas 47 kes tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.


Dalam kenyataan pasukan guaman Zahid, teori konspirasi politik diambil kira dengan mengaitkan nama bekas PM Tun Mahathir dan ucapan awal pasukan Pendakwaraya bahawa Zahid tidak menggunakan wang Yayasan Akal Budi yang diasaskannya untuk tujuan kebajikan, namun sebaliknya hal itu dibuktikan dengan berpuluh juta telah dibelanjakan untuk kebajikan dan diakui oleh saksi pendakwaan sendiri.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page