top of page

Segerakan bantuan untuk warga Kuala Lumpur yang memerlukan


Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menggesa Kerajaan Persekutuan melaksanakan langkah-langkah bantuan untuk penduduk Kuala Lumpur.


Gesaan itu dibuat setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan SOP terbaharu yang bermula sejak 23 Mei sehingga 5 Jun ini.


"Semestinya dalam suasan pandemik Covid-19 yang belum reda, rakyat Malaysia khususnya warga Kuala Lumpur akur dengan keperluan mengawal pergerakan dan menghadkan aktiviti dalam usaha melandaikan lekuk penularan wabak. Hal ini pasti mendatangkan kesan kepada ekonomi dan kebajikan warga kota.


"Walau bagaimanapun, sehingga hari ini kerajaan belum mengumumkan langkah, bantuan dan sokongan yang akan diberi kepada warga Kuala Lumpur," katanya.


Oleh itu, mereka mengusulkan tujuh cadangan seperti berikut:


1. Mewujudkan program saringan massa (mass screening) RTK-Antigen percuma buat warga kota Kuala Lumpur di setiap Parlimen;

2. Memberi sewa percuma tambahan dua belas (12) bulan bagi semua penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), bermula Mei 2021;

3. Memberi sewa percuma tambahan dua belas (12) bulan bagi semua penyewa kedai penjaja DBKL, bermula Mei 2021;

4. Melanjutkan program Lesen Prihatin Wilayah Bebas Berniaga sehingga hujung tahun 2021;

5. Menggunakan Van Wilayah di setiap Parlimen untuk membantu membawa warga Kuala Lumpur untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV);

6. Memberi cukai pintu percuma bagi enam bulan kedua (Julai-Disember) tahun 2021 bagi pemilik rumah flat atau perumahan kos rendah;

7. Pemberian baucer RM500 pembelian makanan kepada semua ketua isi rumah keluarga B40 di Kuala Lumpur yang terdapat di dalam senarai BPN, Baitulmal dan e-Kasih.


"Kami percaya dengan bantuan segera seperti di atas, bebanan yang dipikul warga Kuala Lumpur akan dapat diringankan serba sedikit," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page