Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melakukan lawatan ke atas mangsa mangsa kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras, Wilayah Persekutuan.
Beliau menggesa disegerakan bantuan kepada mangsa mangsa kebakaran berkenaan, terutama mendapatkan kembali dokumen dokumen peribadi yang penting.
"Ziarah mangsa-mangsa Flat Sri Johor yang terlibat dengan kebakaran baru-baru ini.
"Mereka suarakan kepada saya untuk mendapatkan kembali dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan yang hangus dalam kebakaran dipermudahkan.
"Saya usahakan agar keluhan mereka ini dipercepat," katanya.
Comments