top of page

Segerakan audit forensik siasat aduan Pemilihan KEADILAN 2022 - Abdullah Sani



Pemilihan KEADILAN 2022 yang telah melabuhkan tirainya untuk jawatan utama parti menimbulkan beberapa kontroversi dan sekian banyak aduan.


Bagi salah seoarang calon Naib Presiden KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, aduan aduan berkenaan seharusnya disiasat secara audit forensik bagi menunjukkan ketelusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sama ada kepada anggota mahu pun rakyat amnya.


Kata beliau, tindakan terbaharu Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Kalabakan yang menang tanpa bertanding bertindak meletakkan jawatan akibat tidak berpuas hati terhadap perjalanan pemilihan merupakan satu lagi perkembangan kurang baik dan perlu ditangani dengan siasatan.


"Aduan dan rungutan terhadap keraguan pemilihan kali ini bukan datang hanya dari satu pihak, bahkan juga daripada Saudara Rafizi Ramli yang telah mengeluarkan kenyataan pada 10 Mei 2022 bahawa terdapat kira-kira 54,000 pemilih KEADILAN yang meragukan.


"Namun dakwaan tersebut sepi dan tidak disusuli kembali oleh beliau sebaik diumumkan secara tidak rasmi sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN. Mustahil seorang calon timbalan presiden sekadar bermain persepsi, wajar untuk beliau turut sama menyerahkan segala bukti yang telah ditemui kepada JPP untuk siasatan lanjut.


"Pemilihan kali ini amat penting, terutama sekali dalam usaha KEADILAN mempersiap siaga segala perancangan mendepani Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Kapar itu lagi, rakyat mahu melihat ketelusan dan tatakelola yang baik berlangsung dalam KEADILAN.


Oleh itu, katanya, JPP harus memainkan peranan utama serta mengambil tanggungjawab penuh serta bersikap lebih tegas dan cermat dalam meneliti setiap aduan.


"Saya menyambut baik kenyataan Pengerusi JPP untuk melaksanakan audit forensik dalam setiap aduan, saya berharap ia dapat segera dilaksanakan oleh badan bebas yang mempunyai kredibiliti dan melaporkan hasil siasatan terus kepada Majlis Pimpinan Pusat agar semua pimpinan maklum akan situasi terkini pemilihan parti.


"Namun begitu, selain dari hanya menunggu keputusan audit forensik, saya juga menuntut agar JPP sendiri lebih proaktif dalam melaksanakan siasatan dalaman terhadap aduan yang telah dikemukakan.


"Sesi pendengaran dengan segera perlu memanggil saudara Rafizi, saudara Farhash ataupun mana-mana individu yang berkaitan sedikit dan sebanyak dapat memulihkan kembali keyakinan anggota KEADILAN yang semakin pudar terhadap JPP," katanya lagi.


Tegas Abdullah, KEADILAN dan anggotanya telah melalui tempoh panjang perjuangan yang berdepan dengan pelbagai ranjau cabaran demi menegakkan keadilan dan reformasi dalam negara, maka sebarang cubaan yang berpotensi menghakis nilai keadilan tentunya akan ditentang dan dilawan dalam parti.


0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page