top of page

Segera kembali kepada prinsip asas al-Quran berteraskan keadilan


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pentingnya mendalami mesej yang terdapat dalam al-Quran.


Dalam perutusan sempena Hari Nuzul Quran, beliau menganggap ia bukanlah sekadar memperingati soal pentarikhan semata-mata sebaliknya lebih penting adalah menangkap pesan-pesan yang disampaikan oleh Allah.


"Intisari penting daripada mesej al-Quran yang merangkumi dimensi akidah, syariah dan akhlak adalah serasi dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang menyeru kepada keadilan dan kesaksamaan.


"Hakikat ini dikongsi oleh semua bangsa dan kaum serta menjadi dasar kepada apa jua bentuk kerjasama dan permuafakatan.


"Bertambah unggul tatkala ia diturunkan pada bulan Ramadan al-Mubarak justeru memberkati kita dengan kemuliaan yang berlipat ganda, sebagaimana yang diabadikan dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:


“Ramadan bulan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia serta keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan pembeza (al-Furqan) antara yang benar dengan yang salah."


Oleh sebab itu, beliau berpendapat negara perlu kembali kepada prinsip asas al-Quran.


"Kebenarannya pada hari ini adalah rakyat kita sedang berdepan dengan masalah tadbir urus yang tempang dan yang mengamalkan sistem dua darjat.


"Hakikat pahit ini mengisyaratkan pentingnya untuk kita segera kembali kepada prinsip asas al-Quran yang berteraskan keadilan, kesaksamaan dan juga rahmat.


"Kerana terpukau dengan tawaran laba, kuasa serta pangkat, sebahagian manusia gagal dan kecundang daripada beristiqamah dengan ajaran al-Quran. Mulut terbungkam daripada menyatakan kebenaran, sementara kaki menari mengikut rentak penguasa yang membeli jiwa mereka melalui sogokan.


"Oleh yang demikian, adalah penting untuk peristiwa nuzul al-Quran ini diinsafi agar dengannya manusia kembali ke landasan yang benar, serta berdiri tegas melawan kezaliman, penindasan, salahguna kuasa dan pengkhianatan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page