top of page

Sedih Menteri Perumahan tidak tahu ada Lembah Subang 1



Ahli Dewan Negeri Selangor Seri Setia, Halimey Abu Bakar berasa sedih Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak tahu wujudnya kawasan perumahan Lembah Subang 1.


Beliau merujuk Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail yang memaklumkan dalam sidang DUN kelmarin bahawa kawasan perumahan berkenaan wujud tetapi tidak diselenggara dengan baik oleh agensi Kerajaan Persekutuan.


"Sedih bila YB Batu 3, merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Rodziah Ismail memaklumkan rupanya Menteri KPKT tidak tahu adanya Lembah Subang 1


"Sudah 100 hari menjadi Menteri tetapi masih tidak tahu wujudnya PPR Lembah Subang 1 dan belum pernah sampai di sini


"Saya merayu kepada Menteri KPKT @rizalmerican5 supaya turun dan dpt membantu penduduk di Lembah Subang 1 ini, yang mana keadaannya amat teruk sekali," katanya dalam catatan di Facebook.


PPR Lembah Subang 1 pernah berada di bawah pengurusan kerajaan Selangor namun diambil semula oleh KPKT beberapa tahun lalu.


Sejak itu penghuni PPR berkenaan mengadu pelbagai masalah berlaku, sama ada kekerapan kutipan berkurangan, lif rosak tidak dibaiki sehingga suasana yang tidak mengizinkan penghuni di sana hidup dalam keadaan kondusif.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page