top of page

Sedih kematian ibu, anak: Adukan kes perlu bantuan ke pusat khidmat - Kumaresan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5
  • 1 min read

ADUN Batu Uban, A Kumaresan (gambar) menyatakan rasa sedih terhadap berita kematian seorang ibu dan anak kecil yang mungkin diakibatkan kelaparan di sebuah flat di Bukit Gambir baru baru ini.


Menurutya, beliau telahpun menghubungi pihak polis untuk mengetahui lebih lanjut hal berkenaan dan penyebab kejadian.


"Sebagai wakil rakyat kawasan ini, saya amat sedih dan terkesan dengan insiden ini.


"Saya telah berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut. Setakat ini, pihak polis mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah (foul play) berdasarkan laporan forensik, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.


Berdasarkan laporan Astro Awani sebelum ini, mayat kedua duanya yang ditemui hampir reput didakwa mungkin berakibat ibu muda berkenaan mengalami tekanan emosi sejak suaminya dipenjarakan sejak beberapa bulan lalu.


Hal itu sebagaimana diungkapkan seorang jiran berusia 50-an yang enggan dikenali dilaporkan berkata, ibu seorang anak tersebut makin tertekan apabila bekalan elektrik di rumah sewanya dipotong akibat kegagalan membayar bil sejak beberapa bulan lalu.


Sehubungan itu, Kumaresan berkata, pihaknya sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan meminta jiran tetangga melaporkan sebarang insiden yang peru ditangani kepada Pusat Khidmat Batu Uban.


"Pihak Pusat Khidmat KADUN Batu Uban sentiasa bersedia untuk membantu, terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling, bantuan Food Bank dan sokongan lain yang berkaitan.


"Setiap hari Rabu, Pusat Khidmat kami, dengan kerjasama Mutiara Food Bank Kerajaan Negeri Pulau Pinang, menganjurkan program agihan makanan kepada yang memerlukan. Pasukan MPKK kami juga sentiasa berada di lapangan untuk menyalurkan bantuan.


"Saya juga memohon kerjasama jiran tetangga di kawasan sekitar agar segera memaklumkan kepada pihak kami sekiranya mengetahui mana-mana individu atau keluarga yang memerlukan bantuan segera, supaya tindakan lanjut dapat diambil dengan segera," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page