top of page

Sediakan pendidikan demokrasi, politik buat anak muda



Anak muda Malaysia diberi peluang mengundi pada usia 18 tahun.


Bagaimanapun, menurut pembahas mewakili Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Dr Taufiq Johari, tiada pendidikan politik diberikan kepada anak muda maka generasi itu tidak mampu membuat pilihan yang tepat di dewan mengundi.


"Kita lihat negara kita mengimplementasikan pengundi muda tetapi kita lihat pula bagaimana negara kita mengimplimentasikan Undi 18 tanpa ada persediaan rapi.


"Kita lihat negara Indonesia mengimplementasi Undi 18 tetapi anak muda dilibatkan secara terus dengan politik dan demokrasi


"Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengangkat suara anak muda lebih berkualiti? Ini tanggungjawab kerajaan Madani. Kita perlu menyuapkan anak muda dengan sekolah demokrasi agar anak muda lebih cakna dengan politik sebenar.


"Kita tidak berjaya untuk menyuapkan rohani mereka dengan begitu jitu. Kita perlu pastikan anak muda masuk dewan mengundi, mereka tidak hanya pangkah pemimpin tetapi yang mereka pilih itu adalah masa depan negara Malaysia," katanya sebagai pembahas terakhir pada hari ini.


Menurut beliau lagi, tiba masanya kerajaan menggunakan kementerian dan jabatan bagi memberi pendidikan politik yang murni kepada anak muda.


Hasilnya, kata beliau, Undi 18 kelak akan memilih yang paling berkualiti untuk masa hadapan mereka bukan terikut ikut oleh sentimen semasa yang belum tentu benar dan berguna.


Bagi pilihan raya negeri pula, Dr Taufiq menasihatkan agar parti tidak leka atau alpa selepas berkuasa di peringkat Persekutuan.


Katanya, pembangkang untuk pilihanraya negeri melakukan persediaan yang baik dan hal itu mesti diimbangi oleh parti kerajaan.


"Dulu ini parti derita, kini mungkin ini pari gembira. Tetapi jangan kita alpa, jangan kita leka, lena. Kita melihat perjalanan kita masih jauh walaupun kerajaan sudah berada di bawah tampuk kepimpinan kita.


"Ada beberapa negeri akan mengadakan PRN. Pihak sebelah sana ada kekuatan di Tik Tok. Mereka berhujah tanpa asas maka itu fitnah. Ini harus berbalas dengan hujah dan siapakah yang bertanggungajwab yang menjadi benteng di depan?


"Inilah Angkatan Muda KEADILAN. Jika ingin melihat masa depan KEADILAN, lihatlah AMK," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page