top of page

PdPR: Sediakan pelan latihan skil ibu bapa sebagai guru kedua - PH


Kerajaan perlu merangka pelan jangka pendek yang mampu menambahkan ilmu ibu bapa untuk menjadi pembimbing atau guru kedua kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Menurut kenyataan Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH), pelan latihan skil guru kedua itu boleh memastikan kerajaan akan memberi ‘Pendidikan Berkualiti Untuk Semua’, termasuk kepada keluarga yang tidak berkemampuan pada sepanjang pandemik Covid 19 ini.


"Selain dari para guru, ibu bapa secara tidak langsung menjadi guru di rumah tatkala PdPR berlangsung. Mereka ini memerlukan bimbingan, bahan sokongan dan juga panduan untuk membimbing anak-anak. Hal ini juga perlu diberikan perhatian.


"Di beberapa negara luar seperti yang dilaporkan oleh UNESCO, mereka menyediakan saluran khusus dan program-program penerangan di media bagi membimbing ibu bapa untuk tujuan pendidikan anak-anak," kata jawatankuasa berkenaan.


Selain itu, Jawatankuasa Pendidikan PH mengesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkongsi data murid tercicir serta menyatakan pelan mereka untuk memperbaiki keadaan dan langkah-langkah pemulihan.


"KPM perlu juga berkongsi data keberkesanan PdPR dan membentang pelan penambahbaikan demi kelangsungan pendidikan murid-murid di seluruh negara.


"KPM seharusnya mewujudkan satu laman web rujukan yang khusus (one stop center) kepada para guru dengan memuatkan bahan pengajaran, modul dan latihan yang digunakan untuk PdPR.


"Kerajaan perlu menubuhkan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan yang dianggotai oleh pakar, profesional, ahli akademik dan wakil daripada para guru serta persatuan ibu bapa untuk merangka pelan bersepadu pendidikan pasca Covid-19. Hal ini telah berkali-kali dibawa oleh pelbagai pihak namun dipandang sepi oleh kerajaan," kata mereka lagi.


Di samping itu, jawatankuasa berkenaan juga menyeru pihak kerajaan menggembleng tenaga di antara KPM, Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan agensi-agensi lain untuk memperbanyakkan lagi siaraya, mesej video tular dan rancangan di televisyen untuk membimbing ibu bapa bagi membantu anak-anak sepanjang PdPR berlangsung.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH, Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Datuk Dr Hasan Baharom (AMANAH), Teo Nie Ching (DAP), Natrah Ismail (KEADILAN), Steven Sim Chee Keong (DAP) dan Rusnah Aluai (KEADILAN).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page