KEADILAN perlukan generasi muda yang mantap idealogi dan mendukung reformasi total untuk berjuang di tengah tengah masyarakat.
Menurut calon Otai Reformis 1998 bagi ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa, kaderisari yang berkurangan mungkin punca generasi baharu KEADILAN kurang penghayatan terhadap ideologi parti sebagaimana generasi 1998 lalu.
Oleh itu, katanya, beliau menawarkan untuk memantapkan kembali kaderisasi dalam parti sekiranya terpilih sebagai ahli MPP pada pemilihan kali ini.
"Saya bersedia menghidupkan kembali pasukan kaderisasi KEADILAN di seluruh negara.
"Ahli yang mantap idealogi penting sebagai agen perubahan di ranting dan cabang dengan menanam nilai-nilai mulia atau politik nilai (ke dalam masyarakat)," katanya.
Selain itu, Mustapha yang juga Timbalan Presiden Otai Reformis berjanji akan memperkukuhkan lagi dasar-dasar parti yang termaktub dalam Deklarasi Permatang Pauh 1998 sekiranya terpilih.
Mustapha mendapat nombor 12 dalam pencalonan kali ini. Selain bergiat dalam Otai, Mustapha merupakan youtuber yang bersiaran setiap hari mempromosikan perjuangan KEADILAN dan bertekad mahu mewujudkan warganegara yang celik politik.
Comments