top of page

Sedia hadapi musim kemarau, guna air secara berhemat - Sultan Selangor



Sultan Selangor menitahkan agar rakyat negeri itu membuat persediaan menghadapi cabaran perubahan iklim seperti musim kemarau ketika tahap kesedaran terhadap penggunaan air secara berhemah dalam kalangan rakyat masih berada pada tahap yang rendah.


Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, pada masa ini kadar penggunaan domestik begitu tinggi dianggarkan sebanyak 215 liter seorang sehari sekali gus menuntut rakyat menggunakan air harian secara cermat dan berhemat bagi menyumbang kepada peningkatan simpanan air semasa.


"Beta juga mengambil maklum komitmen Kerajaan Beta untuk menangani isu bekalan air dengan mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan risiko dan menjamin keselamatan air untuk negeri.


"Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) meliputi semua perancangan kerajaan beta dalam menguruskan air termasuk air banjir yang akhirnya boleh dijadikan sebagai sumber air untuk dibekalkan bagi tujuan rawatan oleh Air Selangor ataupun untuk kegunaan aktiviti seperti pertanian atau perikanan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.


Projek SJAM turut melibatkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur pengepaman di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini dan boleh dioperasikan pada pertengahan tahun 2025.


Selain itu, Projek Skim Air Sungai Rasau akan menjadi sumber air baru yang mampu menghasilkan air terawat yang dianggarkan 1,400 juta liter sehari (JLH).


Sultan Sharafuddin juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang akan membiayai kerja-kerja pembangunan sumber air ini melalui geran dengan anggaran berjumlah RM1.8 bilion.


"Ketika ini banyak berlaku kejadian paip pecah disebabkan oleh paip yang usang, tekanan berlebihan ke atas paip dan juga vandalisme.


"Untuk menaik taraf rangkaian paip, Kerajaan Beta telah menyatakan komitmen menggandakan kadar penggantian paip daripada 150 kilometer (km) setahun kepada 300km," titah baginda.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page