top of page

Sedia angkat suara anggota akar umbi ke peringkat tertinggi parti - Manivanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 2 min read


Setiausaha Politik Pejabat Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin sosok yang tidak asing dalam perjuangan parti sejak hampir dua dekad.


Beliau yang membina kerja politik dalam KEADILAN dari akar umbi hingga ke kedudukan hari ini, amat memahami permasalah dan keluh kesah anggota bawahan.


Sehubungan itu, Manivanan menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden demi mengangkat suara akar umbi ke peringkat tertinggi parti, untuk menjadikan KEADILAN lebih mantap menjelang Pilihan Raya Umum ke 16.


"Saya (kali ini) tampil bukan sebagai calon yang menjual mimpi, tetapi sebagai pemimpin yang telah diuji, dibentuk dan diperkuat oleh cabaran dan dugaan, dan bersedia untuk mengangkat suara anggota akar umbi ke peringkat tertinggi parti.


"Saya merayu kepada seluruh anggota KEADILAN yang saya cintai untuk memilih keberanian mengatasi ketakutan, khidmat mengatasi retorik, dan perjuangan mengatasi kepentingan peribadi.


"Berilah saya peluang untuk terus menyumbang di pentas yang lebih besar, untuk menjadikan parti ini lebih kuat, lebih teguh bersama, dan lebih bersedia menghadapi cabaran mendatang," katanya dalam kenyataan.


Ketua Cabang KEADILAN Jempol itu menampilkan slogannya "Berani – Berkhidmat – Berjuang" yang dianggap bukan semata mata slogan tetapi merupakan cerminan watak dan prinsip yang membentuk seluruh perjalanan politiknya sejak 18 tahun bersama KEADILAN.


"Dengan pengalaman luas sebagai mantan Ahli Parlimen Kapar, Setiausaha Whip KEADILAN di Dewan Rakyat, dan kini sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memahami denyut nadi perjuangan reformasi dari akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan.


"Perjalanan saya bukan sekadar episod bermusim. Ia adalah komitmen yang konsisten, penuh dedikasi, dan terus membara hingga hari ini tanpa henti dan tanpa kompromi," ujarnya.


Manivanan percaya perjuangan KEADILAN masih belum selesai dalam sepenggal pemerintahan. Oleh itu beliau akan terus setia dalam parti dan terus berjuang bersama presiden, bersama pimpinan serta anggota-anggota akar umbi kerana perjalanan yang masih panjang dalam membina masyarakat madani Malaysia.


"Dalam apa jua cabaran, saya tetap istiqamah membawa suara rakyat sebagai suara keramat," katanya yang merupakan calon nombor 12 dalam pemilihan kali ini.


Manivanan sebelum ini pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti seperti Penyelaras Komunikasi Negeri Selangor (2010-2013), Setiausaha Whip KEADILAN (Ahli ahli Parlimen KEADILAN Dewan Rakyat, 2013 - 2018), Pengerusi Biro Kepenggunaan (2014 - 2018), Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat (2018 - 2022), anggota Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan (2022), Ahli Majlis Pimpinan Pusat (2014 - kini) dan Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (2022 - kini).

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page