top of page

Sedekah pilihanraya: Segera gubal Akta Pembiayaan Politik - Bersih



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa supaya penggubalan Akta Pembiayaan Politik (APP) disegerakan untuk menangani amalan rasuah pilihan raya.


Gesaan itu disuarakan mereka ketika timbul dakwaan berlaku perbuatan membeli undi oleh sebuah parti politik ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) November lalu.


"Bersih menegaskan bahawa pemberian wang tunai atau apa-apa yang berharga ketika pilihan raya adalah rasuah.


"Untuk menangani masalah serius ini ia tidak hanya memerlukan penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tetapi juga pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik," kata kumpulan pendesak reformasi pilihan raya itu dalam kenyataan.


Bagi tujuan itu, mereka turut mencadangkan satu jawatankuasa tetap berkenaan hal-hal pilihan raya dan demokrasi pelbagai parti ditubuhkan dalam persidangan parlimen pada bulan depan.


Ia bagi menyemak dan menerima maklum balas orang ramai terhadap Akta Pembiayaan Politik.


"Ia sebagai rujukan bagi memperkemaskan RUU APP yang sudah lama disebut tetapi terselindung daripada penelitian dan maklum balas orang awam," kata mereka.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page