top of page

'Sedekah' pemimpin Pas cuba kelirukan orang awam



Sikap pemimpin Pas yang cuba mengelirukan orang ramai apabila mentafsirkan perbuatan rasuah yang didakwa dilakukan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sebagai 'sedekah' dikecam oleh Pakatan Harapan.


ADUN Permatang Pasir berkata, Muhammad Faiz Fadzil berkata dalil Pas itu seolah oleh cuba berselindung di sebalik istilah bahasa Arab yang bunyinya mulia untuk menjustifikasikan perbuatan memberi wang ketika pilihan raya sebagai bukan satu perbuatan rasuah.


"Dakwaan Presiden Pas Hj Hadi Awang bahawa duit yang diberikan ketika pilihan raya bukan rasuah tetapi sedekah.


"Ini sebenarnya bercanggah dengan penafsiran suapan dalam Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang juga menyebut mengenai perlakuan derma.


"Dalam erti kata lain, derma adalah (dianggap) satu bentuk rasuah. Sedekah berasal daripada bahasa Arab, tetapi dalam bahasa Melayu difahami sebagai derma," katanya dalam kenyataan.


Hj Hadi 'mempopularkan' istilah sedekah ketika mengulas petisyen pilihan raya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari yang mendakwa Pas menabur wang antara 15 hingga 17 November lalu iaitu antara dua hingga empat hari sebelum PRU15 dan menegaskan perbuatan itu bukan rasuah.


Ahli Parlimen Marang tersebut mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu dengan dengan kebanyakan isi rumah menerima wang antara RM500 hingga RM1,000 adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.


Faiz yang juga AJK Amanah Nasional menegaskan kenyataan Hj Hadi itu menunjukkan pemikiran Pas yang semakin bercelaru dan menyimpang daripada syariat Islam sebenar.


"Ironinya, Presiden Pas mendakwa sedekah bukan kesalahan pilihan raya, sedangkan wang undi itu diberikan ketika tempoh pilihan raya.


"Mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya, perbuatan menyogok untuk mendapatkan undi adalah satu kesalahan pilihan raya dan boleh menyebabkan keputusan pilihan raya itu terbatal.


"Bagi tujuan apa wang itu diberikan ketika tempoh pilihan raya? Setiap sedekah itu ada tujuannya. Maka, perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa, sama ada SPRM atau polis," ujar beliau sambil menegaskan pengakuan 'sedekah' itu telah cukup membuktikan wujud aktiviti pemberian wang kepada orang ramai.


Justeru kata Faiz, penggunaan wang yang banyak oleh Pas ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu bukan amalan yang betul, baik dari segi undang-undang mahupun moral.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page