top of page

Sedekah atau rasuah bukan berdasarkan pemahaman peribadi - Azam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 24, 2023
  • 1 min read


Tafsiran sedekah atau rasuah dalam pilihanraya adalah berdasarkan peruntukan undang undang dan bukannya berdasarkan pendapat peribadi.


Menurut Ketua Pesuruhjayanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, pihaknya akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang termasuk pemberian dalam pilihanraya.

Tan Sri Azam Baki


"Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.


"Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak," kata beliau dipetik The Star.


Azam berkata demikian susulan komen Presiden Pas Hj Hadi Awang baru-baru ini terhadap petisyen difailkan Umno Terengganu untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU) di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur.


Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.


Menurut Hadi, undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.


Kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954


Berdasarkan Seksyen 10(a) perbuatan rasuah disebut boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.


Comentários

Não foi possível carregar comentários
Parece que houve um problema técnico. Tente reconectar ou atualizar a página.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page