top of page

'Sebelum kritik, lihat gerak kerja Ustazah Marhamah di Sabah'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 34 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pelantikan Ustazah Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diharap dapat menyerap roh perjuangan bagi menentang kezaliman, penindasan dan pembulian, di samping memperkukuh usaha melawan ketidakadilan serta mendorong reformasi menyeluruh terhadap agensi-agensi di bawah Menteri Agama, khususnya dalam memperkasakan agenda dakwah.


Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Syam Ghaz berkata, kaedah itu pernah dibuat oleh Tun Dr Mahathir apabila menarik Datuk Seri Anwar ketika beliau menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) satu ketika dahulu.


Katanya, kaedah sama juga pernah dilakukan oleh arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila berjaya menarik mendiang Karpal Sing dan DAP ke Barisan Alternatif (BA) seterusnya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR).


"Kita hormat keputusan PMX, beliau lagi banyak maklumat, pertimbangan dan data sebab Polis, SPRM, LHDN dan lain-lain semua di bawah Kerajaan Pusat.


"Beliau (PMX) boleh siasat bila-bila masa untuk membuat tapisan berhubung calon calon Menteri dan Timbalan sebelum angkat sumpah.


"Kita doakan yang terbaik. Semoga semua pejuang Justice4Zara dapat bersama sama Ustazah Marhamah dalam memperjuangkan agenda keadilan dalam konteks berkerajaan pula selepas ini," katanya dalam satu muat naik di Facebook beliau.


Dalam hantaran yang sama, Mohd Hisyamuddin atau dikenali sebagai Syam Ghaz mendedahkan, rombakan Kabinet semalam merupakan keputusan atau gerakan yang paling tidak dijangka apabila seorang aktivis dakwah yang turun rapat ke akar umbi menyebarkan Islam di Sabah, dilantik sebagai Timbalan Menteri.


"Lihat sahaja gerak kerja dakwah beliau di Sabah menerusi akaun TikTok dan Facebook beliau. Ceramah-ceramah agama (yang disampaikan) beliau memang ada ilmu dan isi.


"Ada dua perkara yang netizen kritik beliau di media sosial iaitu kata beliau 'scammer' emas dan pengasas Justice4Zara.


"Berkaitan emas itu, beliau ada hujah dan perjelasan lebih lanjut, InsyaAllah beliau akan jelaskan sendiri siap dengan bukti. Kita tunggulah, jangan fitnah dulu.


"Berkaitan Justice4Zara, tidak dinafikan isu itu yang membenamkan parti-parti Semenanjung pada PRN Sabah dahulu dan berjaya mewujudkan Gelombang Sabah 4 Sabahan, Sabah First dan lain-lain.


"Menyedari gelombang kebangkitan Sabah for Sabahan ini, agaknya PMX sedar perlu santuni Sabah lebih dan meletakkan individu yang jelas pegangan agama.


"Aspek dakwah dan bab 'scammer' itu saya juga dah 'check' memang dia 'clean. (Pelantikan Marhamah) sekaligus menarik masuk gelombang Sabah for Sabahan dan Justice4Zara bersama-sama Kerajaan MADANI yang akan memberikan impak lebih besar," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page