top of page

Sebar kempen Rukun Negara dengan pelbagai cara - Sany Hamzan



Kempen Rukun Negara seharusnya disebarluaskan dengan pelbagai pendekatan sesuai dengan titah Raja raja Melayu baru baru ini.


Bagi Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Mohd Sany Hamzan, kempen Rukun Negara wajar dilakukan secara besar besaran di negeri Selangor yang mana beliau telah berbahas di Dewan Negeri.


"Pada 30 November 2022 lalu saya telah berucap panjang lebar di Dewan Negeri Selangor tentang peri pentingnya kita melaksanakan titah Yang Dipertuan Agong agar kita menghayati Rukun Negara.


"Dalam ucapan itu saya menyeru agar Kerajaan Negeri Selangor menyambut seruan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu untuk menyemarakkan Rukun Negara di mana-mana sahaja khasnya di sekolah di negeri itu.


"Saya telah mencadangkan agar Rukun Negara ini ditulis dan dipamerkan di merata tempat khasnya di Selangor," katanya.


Sany yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat mencadangkan agar kempen dilakukan dengan cara menggantung banner di simpang-simpang, billboard, mengadakan kursus atau taklimat khas mengenai Rukun Negara.


"Bagi saya cadangan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu ini sangat relevan dengan keperluan semasa kita ketika negara kita digoncang kempen takfiri, perkauman dan agama, serta fanatik kepartian semasa kempen PRU-15 lalu.


"Dengan memahami Rukun Negara terutama di kalangan generasi muda, akan membolehkan mereka faham apa tugas sebenar mereka untuk negara," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page