top of page

Sebar cinta, kasih sayang tenggelamkan hasutan kebencian - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 54 minutes ago
  • 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat Malaysia untuk menghayati nilai kebijaksanaan, kesederhanaan, ihsan dan kasih sayang sempena sambutan Hari Wesak, hari ini.


Beliau berkata, Hari Wesak mengajak masyarakat merenung nilai-nilai luhur yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat selain kekal relevan dalam membina masyarakat yang saling memahami dan menghormati.


"Nilai-nilai ini bukan sahaja diraikan dalam tradisi keagamaan, malah terus relevan dalam membina sebuah masyarakat yang saling memahami dan menghormati," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut Anwar, dalam sebuah negara yang rencam budaya, agama dan latar kehidupan, nilai cinta, ihsan dan kasih sayang yang diangkat ketika sambutan Wesak membawa makna yang amat mendalam.


Beliau turut mengingatkan tentang kewujudan segelintir pihak yang cuba menimbulkan perpecahan antara kaum dan agama.


"Saya percaya penyebaran cinta dan kasih sayang akan menenggelamkan hasutan kebencian, menjernihkan prasangka serta memperkukuh hormat dan persefahaman, yang menjadi asas kepada keharmonian dan perpaduan negara," ujarnya.


Sehubungan itu, beliau berharap sambutan Hari Wesak tahun ini dapat membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha di negara ini.


"Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha, serta terus menyemarakkan nilai kemanusiaan yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang beradab dan bermaruah," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page