top of page

Sebar berita palsu isu Kedah-Pulau Pinang boleh dikenakan tindakan



Mana-mana individu yang berterusan mengambil kesempatan menyebar maklumat palsu berhubung isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata sempadan negeri Pulau Pinang jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru isu tersebut tidak seharusnya berbangkit.


"Saya ingin menegaskan kalau kita teliti dalam Perlembagaan memang jelas disebut (bahawa) negeri Pulau Pinang, maka tidak ada bagi saya syak wasangka atau tiada rasa was was tentang perkara tersebut.


"Selagi mana ia termaktub dalam Perlembagaan, semua pihak wajib akur dengan kedudukan seperti itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani peringkat Negeri Pulau Pinang di Midtown Perda, Kubang Menerong Pulau Pinang semalam.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelumnya diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berterusan menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah.


Sementara itu Fahmi menegaskan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kenyataan Sanusi berkenaan, memandangkan terdapat beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Menteri Besar Kedah itu.


"Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat dan saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan serta mengambil apa-apa tindakan yang dirasakan perlu," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page