top of page

Sebahagian langkah Belanjawan 2024 berjaya dilaksana tahun ini - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat langkah-langkah dalam Belanjawan MADANI Kedua (2024) berjaya dilaksanakan tahun ini hasil pendekatan pentadbiran yang jelas.


Perdana Menteri berkata antara langkah itu adalah pengapungan subsidi ayam tanpa membebankan rakyat dan lebih 8,000 tandas sekolah siap dibaik pulih tahun ini.


"Ketegasan kita dalam soal tatakelola tidak boleh dipertikaikan. RUU (Rang Undang-Undang) Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal lulus di Dewan Rakyat. Bantuan dan insentif kepada pesawah padi dan pekebun kecil getah dinaikkan untuk kesejahteraan mereka.


"Skim Perubatan MADANI diperkenalkan untuk bantu rakyat susah. Untuk merancak pelancongan dan ekonomi, pengecualian visa bagi tempoh 30 hari diberikan kepada warganegara China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) pada sidang Dewan Negara hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah yang ditingkatkan kepada RM300 juta telah disempurnakan.


Katanya prestasi belanja 2023 mencatatkan 93% (RM268 bilion) bagi belanja mengurus dan 82% (RM80 bilion) belanja pembangunan.


"Saya tegaskan bahawa hala tuju yang jelas untuk memacu pertumbuhan dan memperbaiki tatakelola akan terus menjadi tumpuan. Namun kewaspadaan tetap ada bagi sebarang tantangan mendatang.


"Maka semua usaha di bawah Belanjawan MADANI Kedua akan menyusul setiap keutamaan Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu: Pertama: Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Kedua: Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Ketiga: Peningkatan Darjat Hidup Rakyat," ujarnya.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page