top of page

'Sebahagian besar tuntutan peneroka akan dapat saya tunaikan' - Anwar



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berjanji mewakili kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup peneroka Felda.


Namun hari ini beliau datang kepada peneroka untuk menunaikan janji yang telah ditabur oleh pemimpin kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, terutama dalam pelupusan sebahagian besar hutang peneroka yang belum diluluskan tetapi telah diumumkan sejak 3 tahun lalu.


"Saya datang untuk menyatakan sebahagian besar tuntutan akan dapat saya tunaikan dengan sebaik mungkin.


"Orang politik banyak janji tetapi mengamalkannya tidak. Pimpinan silih berganti, PM silih berganti, menteri bertanggungjawab soal Felda juga silih berganti.


"3 tahun mereka bicara nak jaga Melayu, nak jaga Islam tetapi hutang (peneroka) pun tak dilupuskan melainkan kita ambil alih baru baru ini.


"Berapa keperluan (lupus hutang) RM8.3 bilion. Mana kelulusan, tidak ada. Bila luluskan, belum. Di mana pejuang Melayu, pejuang Islam yang handal ini?


"Bila kami (Kerajaan Perpaduan) ambil alih, buka fail, semak balik, bulan lalu saya luluskan pelupusan 80% hutang dengan (peruntukan) RM8.3 bilion," katanya disambut sorakan dan tepukan bergemuruh para peneroka dalam majlis sambutan Hari Peneroka Felda di 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor petang tadi.


Walau bagaimanapun, PM mengakui terdapat kelemahan di dalam pengurusan Felda sebelum ini yang menyebabkan banyak kerugian akibat keputusan pelaburan semberono.


Oleh itu, beliau berkata Pengerusi Felda yang baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diharap akan membawakan budaya kerja lebih baik kepada Felda.


"Kita ada pengerusi baru, kita ada pengurusan yang tahu masalah dan malapetaka menimpa Felda.


"Pengrusan harus lebih cekap. Jangan izinkan sebarang amalan boros dan kesilapan yang menyebabkan pelaburan itu merugikan Felda. Kalau berlaku juga kita bertindak keras ke atas mereka," kata Anwar disambut tepukan hadirin.


Selain itu, PM turut mengumumkan pembayaran sukuk Felda yang tertangguh kerana tekanan kewangan selama ini akan diteruskan bagi memperbaiki imej kewangan agensi itu.


Beliau berkata, kerajaan telah meluluskan sehingga RM1 bilion setahun bagi meneruskan pembayaran sukuk berkenaan.


"Kita ada pembayaran sukuk Felda yang tertangguh dan kita akan meneruskan pembiayaan sukuk yang tertangguh ini.


"Saya dengan dukungan Timbalan Perdana Menteri (Zahid Hamidi) menyatakan di sini bahawa saya meluluskan dana sehingga RM1 bilion tiap tiap tahun untuk tempoh sepuluh tahun kepada Felda (bagi meneruskan sukuk)," katanya lagi.


PM dalam pada itu mengumumkan beberapa peruntukan perlu menaiktaraf kemudahan di penempatan peneroka yang akan dimulakan seawal bulan Julai ini.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page