top of page

Sebagai PM, Anwar telah lakukan perkara betul - Lim Kit Siang



Pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semula kepada episod kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan lalu


Supremo DAP, Lim Kit Siang mengingatkan bahawa banyak kuasa-kuasa politik yang sedang cuba untuk menamatkan riwayat Kerajaan Perpaduan seawal yang mungkin.


Melalui satu kenyataannya, Kita Siang berkata tiada jaminan kerajaan yang ada mampu bertahan untuk tempoh lima tahun mendatang, justeru beliau menggesa Anwar melaksanakan sebanyak mungkin reformasi institusi.


Beliau turut menasihatkan Anwar untuk mengabaikan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba memperlekeh kemampuannya dalam usaha memulihkan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

"Mahathir telah terlepas peluang untuk berbuat demikian dan Anwar tidak boleh mengulangi kesilapan sebegini," katanya.


Mahathir melalui satu temu bual eksklusif dengan Berita Harian baru-baru ini mempersoalkan keupayaan Anwar untuk memimpin Malaysia dalam usaha memulihkan ekonominya dan berdepan cabaran pasca pandemik dengan membandingkan tokoh reformasi itu ketika diberi peranan memangku jawatan PM pada hujung 1990an.


Bagaimanapun kenyataan Mahathir itu ditempelak ramai, malah turut disifatkan sebagai satu kenyataan yang lahir dari perasaan iri hati.


Malah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Nazri Aziz tampil mempertahankan Anwar dari serangan Mahathir dengan berkata, walaupun ketika itu Anwar dilantik memangku jawatan PM, namun Anwar tidak diberikan kuasa sewajarnya untuk membuat keputusan

Sementara itu, Lim dalam kenyataannya berkata, sejak dilantik menerajui kerajaan, Anwar jelasnya telah membuat beberapa tindakan yang tepat, terutama apabila beliau berani menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri dalam sidang dua hari pada 19 Disember lalu.


Oleh itu Anwar jelas beliau, wajar menjadikan persidangan Dewan Rakyat yang bakal diadakan selepas ini sebagai platform melaksana agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini.


"Anwar patut menjadikan sidang Dewan Rakyat pada Februari 2023 sebagai sebuah sidang yang paling penting dan bersejarah dengan melaksanakan beberapa reformasi institusi dengan cara memulakan proses untuk menghentikan kemerosotan negara dalam enam dekad yang lepas untuk mengembalikan tempat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia," katanya Kit Siang lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page