top of page

SBP hantar memorandum jawapan Turun Anwar ke pejabat Pas Perlis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 27
  • 1 min read

ree

Sekretariat Bela Pertiwi (SBP) petang semalam telah menghantar memorandum jawapan kepada sembilan perkara yang menjadi alasan pembangkang PN menganjurkan demonstrasi Turun Anwar di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Penyerahan memorandum tersebut dikepalai oleh Ketua Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat, Shahbudin Embon (gambar) dengan diiringi beberapa NGO tempatan.


Menurut Shahbudin, memorandum tersebut diharap akan dapat memberi pencerahan kepada pemimpin Pas-PN Perlis mengapa pentadbiran Anwar Ibrahim perlu dikekalkan selepas didapati cemerlang dalam memulihkan ekonomi dan membawa masuk pelaburan asing.


"Saya (sebagai) wakil akan menyerahkan memorandum kepada pimpinan Pas Perlis di pejabat Pas. Penyerahan dokumen ini adalah untuk memberi penjelasan berkaitan sembilan tuntutan yang telah ditujukan mereka yang berhimpun di Kuala Lumpur.


"Jadi kami telah menjawab kesemua sembilan tuntutan dan begitu juga kami menyerahkan nota jawapan ini dengan beberapa fakta dan kami akan menyerahkan juga beberapa carta untuk senang bagi pimpinan Pas dan PN melihat bahawasanya kepimpinan Datuk Seri Anwar merupakan kepimpinan yang produktif, proaktif dan negara ini ditadbir secara baik manakala ekonominya positif, dan banyak lagi yang kami bangkitkan," katanya dalam siaran media di TikTok.


Sekretariat Bela Pertiwi, kata Shahbudin, amat berharap selepas ini pemimpin PN sedar akan perbuatan mereka yang mahukan PM berundur adalah silap dan mereka bertindak daripada fakta yang terseleweng.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page