top of page

Sayembara Puisi Suara Keadilan cungkil isi hati rakyat dihimpit politik carca marba


Sayembara Puisi Merdeka Suara Keadilan yang dimulakan sejak seminggu lalu dan diumumkan pemenangnya malam tadi telah mencungkil isi hati rakyat dalam menghadapi kemelut politik carca merba di tengah-tengah pandemik Covid 19.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pertandingan puisi sempena Hari Kebangsaan tersebut yang mengangkat tema 'peduli rakyat' telah berjaya mencungkil puisi-puisi yang mempunyai makna mendalam dihasilkan oleh para pembaca Suara Keadilan yang berbakat.


"Kita berjaya menganjurkan program ini dalam usaha meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.


"Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian mengumpulkan puisi dan menyuarakan pandangan hati dan tentunya ingin meluahkan perkara yang penting dalam usaha untuk mendepani cabaran.


"Apatah lagi kita mendepani pandemik Covid 19. Saya difahamkan ramai perserta yang menghantar. Malam ini kita memilih untuk menyenarai pendekkan puisi yang baik, sesuai dengan tema 'Peduli Rakyat'


"Puisi adalah karya sastera yang apabila dihasilkan ia datang dari hati nurani yang menuntut untuk bermuhasabah dan menyuarakan citarasa yang lahir dari hati yang sedar tentang permasalahan yang kita hadapi sekarang ini," katanya.


Beliau berharap puisi-puisi perjuangan tersebut akan meningkatkan kesedaran rakyat untuk menolak penguasa zalim yang tidak peka kepada jerih perih rakyat.


"Saya berasa tercabar apabila membaca puisi yang dikirim ke Suara Keadilan. Begitu ramai yang mempunyai bakat dan kita membuat pilihan.


"Mudah-mudahan akan memberi pencerahan kepada mereka di luar sana untuk sama-sama menghayati apakah cabaran yang sedang kita hadapi sekarang, menyelami perasaan rakyat yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentunya menuntut kita untuk sentiasa prihatin dan cakna, terutama rakyat sekarang ini yang terhimpit dengan beban ekonomi," katanya.


Sebanyak lima pemenang dipilih daripada puluhan puisi yang dihantar.


Peserta mendapat tempat pertama ialah Mohammad Zulhadrey dengan 'Puisi Peduli Rakyat', tempat kedua Afiq Ridzuan (Rakyat Oh Rakyat), ketiga Zainon Jaafar (Peduli Rakyat), keempat Deli Saha (Islah Dan Riwayat) dan kelima Sarah Irdina (Usah).


Pemarkahan ditentukan secara 30% melalui undian Like warga maya di Facebook Suara Keadilan dan 70% oleh panel penilai puisi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page