top of page

'Saya yakin gelombang hijau tak lintasi sempadan Johor' - Mat Sabu



Gelombang hijau merupakan isu penting dalam politik di utara dan timur Semenanjung Malaysia namun pergerakannya melemah di sempadan Johor.


Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin bahawa gelombang itu telah terhenti di sempadan Negeri Sembilan dan Pahang serta tidak akan menyaksikan kekeliruan politik merenggut kewarasan orang Melayu Johor.


"Saya yakin gelombang hijau tak dapat melintasi sempadan negeri Johor kerana rakyat Johor sudah melihat pembangunan hebat di sini. Bukan kita kata selesai 100% tetapi pembangunan baik untuk rakyat


"Tak kan kita nak lihat negeri itu asalkan Islam selamat, minum air keruh tak apa, minum air karat tak apa.


"Kemudian bila kita menang 2 kerusi di Kelantan mereka kata puak anti Islam menang. Mereka menang maka puak pro Islam. Politik (mengarut) ini sementara sebab perkembangan minda rakyat (akan berubah) dan saya lihat anak muda tadi di Simpang Jeram turun begitu ramai menyokong calon kita Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan


"Arus yang dikatakan Islam terancam adalah sementara, dan benteng paling hebat menterjemahkan (kesederhanaan) Kerajaan Perpaduan ini ialah rakyat negeri Johor," katanya dalam ceramah Perasmian Bilik Gerakan PH-BN di Perling, malam tadi.


Mohamad yang juga Menteri Pertanian sebelum itu mengimbau sejarah politik perkauman yang telah merugikan rakyat Malaysia sejak merdeka, mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 dan diredakan dengan penubuhan BN pada 1971.


Kemudian berkumandang dalam skala kecil dan dimatikan terus pada 2008 apabila bergabungnya Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kini malangnya, kata Mohamad, hantu perkauman dikembalikan dengan kekuatan baharu oleh PN.


Beliau turut kecewa arus perkauman itu dipasakkan ke dalam otak generasi muda yang baharu tamat persekolahan dan mengundi buat pertama kali pada umur 18.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar perkauman sempit ditinggalkan di luar sempadan Johor dalam PRK kali ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page