top of page

Saya tak sabar kembali sambung kerja - Mohammad Sabu

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 22, 2023
1 min read


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkongsi rasa tidak sabar untuk kembali bertugas.


Hasrat itu disuarakan Mohammad melalui satu klip video dikongsikan di akaun Facebooknya sebagai mengulas situasi kesihatannya selepas menjalani pembedahan penyakit apendik minggu lalu.


Tambahnya, beliau tidak sabar mahu kembali ke pejabat kerana kementerian banyak kerja yang perlu diselesaikan dan beliau tidak berhasrat menangguhkan pekerjaan walaupun dalam keadaan tidak sihat.


"Saya tidak sabar untuk kembali bertugas di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan demi menjamin sekuriti makanan negara.


"InshaAllah saya akan terus memberikan yang terbaik demi negara," katanya.


Dalam rakaman tersebut juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.


Tidak terkecuali kepada sahabat serta menteri kabinet yang hadir melawat dan memberi kata semangat kepadanya sepanjang menerima rawatan.


"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya setelah selamat menjalani pembedahan apendiks.


"Kata-kata semangat dari semua membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat untuk kembali pulih dan sihat seperti sedia kala," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page