top of page

Saya sedia disiasat jika terlibat rasuah - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 30, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi tekadnya memerangi rasuah di negara ini bagi memulihkan kembali Malaysia.


Pada ucapan pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh petang tadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan tiada pihak akan terlepas sekiranya melakukan rasuah bagi mengayakan diri atau keluarga mereka.


Tambahnya, beliau sendiri sedia memberi kerjasama untuk disiasat sekiranya didapati terlibat dengan rasuah.


"Kalau kata saya terlibat kes rasuah, gunakan wang mengayakan Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak. Itu boleh bawa (lapor kepada pihak berkuasa)," katanya sambil turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana menteri serta timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan mahupun bekas menteri sekiranya mereka terlibat dalam kes rasuah.


Mengulas siasatan pihak berkuasa terhadap beberapa individu yang disyaki terbabit rasuah baru-baru ini Anwar menegaskan, beliau tidak pernah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu semata-mata untuk membalas dendam.


Selaku perdana menteri jelasnya aahan diberikan agar semua badan penguatkuasa seperti SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani.


"Sesiapa sahaja disiasat SPRM, itu kerja SPRM. Saya tidak arahkan kerana saya tidak mahu memfitnah.


"Saya sendiri melalui liku-liku hidup yang susah. Jadi apabila ada kuasa, takkan saya nak buat kerja sebegitu (politik dendam).


"Kalau lakukannya maknanya kita serupa sahaja (dengan pimpinan dulu)," tambah Anwar.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page