top of page

'Saya, pegawai pusat khidmat diintimidasi' - Dr Maszlee



Siasatan ke atas rakyat bukan lagi yang menyertai perhimpunan aman tetapi juga ke atas yang menyaksikan perhimpunan.


Hal ini diutarakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang diambil keterangannya di IPD Dang Wangi petang tadi atas kehadiran beliau menyaksikan pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyerahkan memorandum menuntut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meletak jawatan pada 20 Januari lalu.


"Seperti mana telah diketahui saya hadir di IPD Dang Wangi untuk disoal siasat berkaitan saya menyaksikan demonstrasi pada 20 Januari yang dianjurkan oleh AMK, Muda dan beberapa NGO atas isu tangkap Azam Baki dan juga pembalakan berleluasa.


"Saya jalankan tugas sebagai wakil rakyat waktu itu, untuk mendengar keluh kesah dan apa jua yang rakyat suarakan.


"Kita tidak tahu pula waktu ini orang yang menyaksikan penyerahan memorandum kepada Ahli Parlimen juga akan disoal siasat. Persoalan kita ialah mengapa subjek yang dibawa (diminta siasat) itu sehingga kini, apakah telah disoalsiasat?


"Jadi kepada Menteri Dalam Negeri dan PM, kita tanyakan siapakah yang bersalah? Orang yang melaporkankah atau orang dilaporkan? Siapa yang perlu disiasat? Pada saya ini intimidasi yang tidak kita perlukan di Malaysia," katanya di hadapan wartawan.



Selain itu, beliau juga membawakan dakwaan kes intimidasi ke atasnya dan pegawai di Pusat Khidmat Simpang Renggam oleh penguatkuasa SPRM.


Dr Mazlee mendakwa, apakah kesalahan yang dilakukannya atau pegawai beliau sehingga mereka diganggu?


"Saya bawakan kepada Menteri Dalam Negeri, pada waktu ini saya diintimidasi. Pegawai SPRM datang untuk intimidasi pegawai saya di Simpang Renggam. Mereka juga lakukan intimidasi terhadap orang orang yang pernah membantu saya, terhadap segala aktiviti kebajikan rakyat Simpang Renggam dan aktiviti pendidikan.


"Kita tahu semua ikuti saya di sosial media pendidikan dan kebajikan. Kerana usaha pendidikan pegawai SPRM telah datang untuk mencari silap yang kecil untuk kaitkan. Untuk apakah ini? Adakah kerana saya bersuara untuk imej SPRM supaya sentiasa dihormati oleh rakyat dan dunia?


"Atau saya turut bersama demonstran, adakah saya diintimidasi?" tanyanya.


Dr Maszlee membidas tindakan yang didakwa sebagai gangguan tidak perlu tersebut.


Katanya, wang derma dan peruntukan Ahli Parlimen semua digunakan untuk rakyat dan tidak perlu diselidiki oleh SPRM


"Saya tak punya saham, saya tak ada jutaan ringgit. Umum tahu duit yang diberikan rakyat, kita berikan kepada rakyat untuk pendidikan.


"Duit saya dapat kita beri kepada rakyat demi mengangkat pendidikan dan demi memandaikan anak anak di Simpang Renggam. Kepada SPRM saya katakan, kembalikanlah dhomir kemanusiaan anda," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page