'Saya nampak rakyat Kelantan nak buat perubahan' - Mat Sabu
- Redzuan Shamsudin
- Jul 23, 2023
- 1 min read

Tanda tanda akan berlaku perubahan politik di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini agak jelas berbanding beberapa siri pilihanraya lalu.
Hal itu dinyatakan oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam sidang media mengumumkan calon calon Amanah di Kota Bharu, petang tadi.
"Kami di Kelantan kami yakin. Kami datang di sini, dua hari di sini, saya nampak memang rakyat Kelantan nak buat perubahan kali ini
"Termasuk anak muda saya pergi makan, tanpa saya beritahu, mereka kenal saya. Mereka kata "Bang Mat kami nak tukar".
"Anak anak muda yang saya tak kenal. InshaAllah kami mempunyai harapan yang baik kali ini," katanya.
Ditanya mengenai calon muda Amanah, Mohamad berkata calon muda dan yang berusia seimbang kali ini. Calon muda katanya diharap menang untuk memberi pendedahan kepada mereka memimpin parti pada masa hadapan.
"Bila dia aktif dia memberi sumbangan kepada parti. Kita lihat (ambil) dia (jadi) calon. InshaAllah boleh memimpin parti pada masa akan datang," katanya lagi.
Amanah meletakkan 31 calon DUN kali ini. 22% daripadanya calon muda. Manakala 15 orang lagi muka baharu.
Calon Amanah seperti berikut:
Pulau Pinang
Bayan Lepas, Azrul Mahathir bin Aziz
Permatang Pasir, Muhammad Faiz bin Fadzil
Selangor
Sabak, Samad bin Hashim
Hulu Bernam, Mohd Amran bin Mohd Sakir
Taman Templer, Anfaal binti Saari
Batu Tiga, Danial Al Rashid
Pandan Indah, Izham bin Hashim
Sungai Ramal, Mazwan bin Johar
Seri Serdang, Abbas Salimi bin Dato’ Azmi
Meru, Ustzah Mariam binti Abdul Rashid
Morib, Hasnul Baharudin
Terengganu
Batu Buruk, Mohamad Zamir bin Ghazali
Ru Rendang, Suhaimi bin Sulaiman
Kelantan
Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim
Pengkalan Pasir, Hj Rushdan bin Mustafa
Demit, Dato’ Ismail bin Ghani
Tawang, Mat Isa bin Che Dir
Kadok, Ir Mohd Azizan bin Razak
Bukit Panau, Dato Dr Samsu Adabi
Temangan, Abdul Kadir bin Othman
Comments