top of page

'Saya mahu buktikan tak semua tokoh politik gila kekayaan'



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mendedahkan rasional kepada tindakannya tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri setelah memegang tampuk pentadbiran negara.


Dalam satu wawancara dengan televisyen Indonesia yang rakamannya disiarkan pada malam Jumaat, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, keputusan tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa masih ada ahli politik yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan bukan mahu kedudukan untuk memunggah kekayaan.


Tidak sekadar itu, Anwar menegaskan beliau tidak tergamak mengambil gaji memandangkan masih ada rakyat di Malaysia yang hidup dalam keadaan miskin.

"Kerana saya nak menunjukkan bahawa tidak semua tokoh politik itu gila harta dan hendak memunggah kekayaan. Walaupun ia agak mempersulitkan sedikit, tapi alhamdulilah Azizah dan anak-anak menerima kenyataan itu.


"Rakyat masih ada yang miskin, saya tolak gaji saya (namun) masih ada gaji kecil Ahli Parlimen, dan semuanya percuma... naik kereta tidak perlu bayar tol, bertahanlah sedikit," jelasnya.


Presiden KEADILAN itu turut ditanya berhubung tindakannya yang sering dilihat menyantuni rakyat.


Katanya tindakan turun ke lapangan itu bertujuan untuk mendengar sendiri luahan rakyat, tindakan itu juga jelasnya bagi memastikan beliau tidak terleka dengan apa yang diperjuangkan selama ini.


"Saya kenal tokoh-tokoh masyarakat sivil, ahli politik dan para intelek, Sebaik sahaja mereka itu naik ke satu kedudukan yang tinggi, sudah masuk ciri yang disebut 'keangkuhan kuasa'.... (hal) itu memperingatkan saya.


"Sebab itu acara saya mesti turun ke bawah, ke warung, mendengar rintihan mereka. Kita tidak ada semua jawapan, kita harus mendengar, belajar secara kritis.


"Bila bicara soal ekonomi dan Islam itu seolah-olah tidak boleh dibahas. (Sedangkan) dalam Islam itu dibolehkan untuk bertanya dan berbahas," jelasnya dalam program Nation Hub: Special Interview Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan di saluran CNBC Indonesia TV sempena lawatan rasminya ke negara jiran itu minggu lalu.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page