top of page

'Saya jumpa Sultan Kedah bawa peniaga, bincang melabur' - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 5, 2023
  • 2 min read


Tindakan Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor mendakwa kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar membawa hartawan dari Indonesia, Reza Khalid untuk meneroka nadir bumi di negeri itu satu tohmahan semata mata.


Datuk Seri Anwar malam tadi dalam ceramah di Baling mengecam dakwaan berkenaan.


Katanya, isu besar di Kedah yang tidak dijawab ialah kecurian balak, nadir bumi dan sebagainya yang perlu dihentikan.


"Kemudian tak jawab bab ni (kecurian), (main isu) Anwar Ibrahim bawa tauke Indonesia mai (datang) Kedah.


"Saya jumpa Sultan Kedah, ada bawa peniaga. Untuk orang datang melabur. Bincang dengan Sultan Kedah bukan pasal berniaga, tubuh syarikat (seperti skandal REE).


"Jangan kaitkan Sultan Kedah. Kita pohon menghadap, diterima menghadap. Jangan jadi bahan politik di sini," katanya dalam ceramah Jelajah Perpaduan MADANI Kedah di Baling, malam tadi.


Menurut Anwar, biar pun ditohmah dengan pelbagai tuduhan beliau tetap berusaha keras membantu menambah peluang pekerjaan rakyat Kedah. Salah satu usaha itu, katanya, telah pun berjaya dengan membawa masuk pelaburan ke Kulim Hi Tech Park berjumlah RM30 bilion


"Saya bawa syarikat Jerman Infineon labur 10 bilion Euro, RM30 bilion. Ada saya bagi kat Nurul Izzah (komisen) 5%? Tidak.


"Saya bawa ke Kulim Hi Tech. Jangan dok perasan Kulim Hi Tech (milik negeri) itu Persekutuan punya. Yang bawa ini Kerajaan Persekutuan.


"Bulan sudah dia (syarikat Jerman) mai jumpa saya dengan Tengku Zafrul bincang nak labur, tak labur.


"Tiga hari sudah mesyuarat di Jerman labur di Malaysia. RM30 bilion," katanya.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga menempelak sikap Sanusi yang suka membuat gimik memperbodohkan rakyat Kedah dengan mengumumkan projek Lapangan Terbang Kulim (KXP) tanpa melalui permohonan dan kata putus di peringkat Persekutuan.


"Ni belum apa apa dah umum. Bila tak lulus marah Anthony Loke, marah saya pasal Lapangan Terbang Kulim," ujarnya.


Menurut Anwar lagi, faktor utama menyebabkan pelaburan luar negara mencurah masuk waktu ini adalah kerana negara luar yakin dengan kekuatan politik Malaysia. Katanya, mereka yakin dengan kerjasama PH dan BN mampu membentuk kerajaan stabil.


Bukan seperti pemimpin Pas yang hujahnya memecah belahkan rakyat. Malah, menurut Anwar, mempersoalkan pula usaha kerajaan pusat mencari pelaburan langsung asing (FDI)


"Ada ustaz Pas jawab, ini apa nak bawa pelaburan. Aku tak faham politik depa (mereka). Tak bawa pelaburan orang nak kerja mana? Yang TVET latih ratus ribu nak kerja mana kalau tak bawa pelaburan.


"Tadi pagi sebelum datang Kedah mesyuarat dengan Menteri Sains, Lih Kang kita bincang bagiamana nak latih anak muda.


"Saya ingat apa Zahid sebut, ambil orang Felda, ambil veteran tentera yang pencen, ambil anak muda yang sebahagian dilatih di TVET kerana keperluan pekerjaan berpuluh ribu tahun depan," katanya.


Pengerusi Kerajaan Perpaduan itu juga mempersoalkan manifesto PN Kedah yang dilancar semalam mahu menyediakan 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun.


"PN baru bawa keluar hari ini manifesto, kita akan sediakan pekerjaan 100,000 pekerjaan dalam 30 tahun. Hang boleh mimpi sapa nak mai (melabur).


"Saya kata tidak. (Peluang kerja) puluh ribu dalam masa tahun ini, tahun depan. Kita ambil pekerja," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page