Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pandangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau memberi laluan kepada Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).
Namun, presiden KEADILAN itu yakin beliau mampu mendapat sokongan yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.
"Dia (Lim) beri pandangan. Tak apa kita dengar pandangan, tak ada masalah.
"Tetapi pandangan itu, dia beri laluan untuk saya (menjadi PM)... dan kalau saya tak boleh (barulah Shafie).
"Jawapan saya, saya boleh, insya-Allah," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Kinabalu.
Dalam laporan media sebelum ini, Guan Eng memilih Datuk Seri Shafie Apdal selain Anwar untuk menjadi calon Perdana Menteri. Jawapan itu menimbulkan spekulasi DAP telah beralih sokongan kepada Shafie berhubung isu calon PM Pakatan Harapan.
Sementara itu, mengenai situasi pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Anwar bersetuju dengan pandangan Shafie yang meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peluang kepada pesakit Covid-19 untuk mengundi pada PRN .
"Saya setuju kerana pesakit Covid-19 harus diberi ruang untuk mengundi tetapi sudah tentu perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya.
コメント