top of page

Saya beri kerjasama pada SPRM jika tidak dilarang bercakap isu Pandora Papers - Anwar



Siasatan Pandora Papers akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau tidak dihalang daripada menimbulkan isu berkenaan selanjutnya di Parlimen .


Hal itu ditegaskan oleh Anwar dalam ceramah Maulidur Rasul di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, berikutan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu merakamkan keterangannya untuk membantu siasatan.


"SPRM jawab dia akan tanya saya, bagi keterangan.


"Saya akan beri kerjasama tetapi kena faham ada peraturan dalam SPRM, kalau saya bagi penerangan saya dilarang untuk bercakap masalah itu. Ini saya kena fikir, kena tanya SPRM. Panggil saya ini sebab nak tutup mulut saya atau tidak?


"Panggil saya dan saya ada hak menyuarakannya lagi, saya akan beri kerjasama. Kalau tidak buatlah kerja sendiri. Carilah, gali lagi nama-nama itu (pemilik akaun luar pesisir), ada berjuta fail.


"Kalau wang disimpan di Mekah tak salah. Tetapi di tempat tax heaven (tidak dikenakan cukai). Dia boleh simpan di bank itu tak ada cukai dan dirahsiakan. Ada di Singapura, Cayman Islands, Virgin Islands. Jadi susah nak cari," katanya.


Sebelum itu, Anwar berseloroh Yang Dipertua Dewan Rakyat mungkin gentar untuk membenarkan usul membahas Pandora Papers kerana khuatir pemimpin Perikatan Nasional tidak senang, maka Speaker berdepan masalah.


"Saya bangkitkan, bawa usul tiga kali, tiga kali kena tendang. Marah lah saya kepada Speaker. Dia pun kalau dia ikut saya, dia pun kena tendang.....


"Walau bagaimanapun minggu depan ada (sesi Parlimen), saya akan bangkitkan lagi sehingga ada siasatan," katanya.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, isu pengaliran wang keluar bukan sekali tetapi adalah lanjutan daripada laporan Global Financial Integrity pada 2012 yang juga dibangkitkan beliau di Parlimen.


Namun ketika itu pun, katanya, tidak ada siasatan terhadap pihak yang mungkin menyeludup keluar wang.


"2012 angkanya dianggar lebih RM900 bilion. Itu yang kita ini selalu susah. Cikgu sekolah minta baiki tandas, tandas masjid dah 30 tahun macam itu juga. Wang keluar ratus bilion tak ada jawapan. Jawapan ada ... masuk balik (penjara) Sungai Buloh lah.


"Tetapi akhirnya bila saya tekan, Bank Negara Malaysia masa itu jawab tak banyak, kurang daripada apa yang Anwar cakap.


"Saya sebut RM900 bilion, kurang, hanya RM100 bilion. Tetapi keluar cara haram. Cari lah siapa (bawa keluar). Dia bayar cukai tak? Pasal apa dia bawa keluar? Dia langgar peraturan tidak?


"2015 Panama Papers, macam itu juga, tak ada siasatan. 2021 bangkit Pandora Papers. Dikeluarkan akaun, berapa pegangan saham, siapa dia (pemilik).


"Semua tokoh-tokoh besar. Syarikat besar pun ada, syarikat balak besar di Sarawak. Tak apa kalau wang itu keluar mengikut undang-undang.


"Soalnya wang dari mana? Dari langit? Menang loteri tiap bulan? Kita kena tahu. Kenapa tiada siasatan," kata Anwar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page