top of page

Saya bagi RM1,000, kalau dapat kesan 4 menteri

Updated: Dec 27, 2021



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana pihak yang dapat membantunya 'mengesan' keberadaan empat menteri Kabinet yang masih ‘hilang’ ketika ini.


Empat menteri itu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.


Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mendapat makluman bahawa empat menteri tersebut masih belum kelihatan turun padang sepanjang tempoh banjir yang melanda negara sejak minggu lalu.


"Saya terpanggil membuat tawaran ini kerana muka keempat-empat menteri ini langsung tidak dilihat dalam misi membantu mangsa banjir yang setakat ini telah meragut puluhan nyawa.


"Tindakan saya ini terpaksa kerana sampai sekarang tiada makluman yang jelas dari mana-mana pihak di manakah mereka, adakah mereka hadir majlis rasmi di luar negara dan kenapa langsung tiada terlibat dalam misi bantuan banjir," katanya.


Beliau berkata, sesiapa yang dapat mengesan keempat-empat menteri terbabit boleh memberi maklumat melalui messenger Facebook YB Arafat - Pusat Khidmat Rakyat ADUN Hulu Kinta berserta nombor akaun.


"Saya menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang boleh mengesan empat menteri Persekutuan ini," katanya.


Arafat juga menggesa menteri-menteri tersebut supaya pulang daripada luar negara dengan segera, selaras dengan arahan Perdana Menteri.


"Sekiranya benar, mereka sebagai menteri sepatutnya perlu segera pulang dengan sendiri apabila mengetahui negara dilanda bencana seperti mana dilakukan pemimpin negara lain tanpa perlu menunggu sehingga arahan dikeluarkan," katanya.



0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page