top of page

'Saya akan terus cakap soal korupsi sampai berjaya hapus rasuah'



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus bercakap soal korupsi di mana mana beliau berucap sehinggalah rasuah terhapus di Malaysia.


Beliau berkata demikian dalam Program Cakna MADANI YAB Perdana Menteri dan bersama-sama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan, petang tadi.


Menurutnya, beliau tidak pesuli walaupun ada pihak yang berkata rakyat tidak faham isu rasuah atau isu tersebut tidak popular.


"Ada mantan Menteri tulis kepada saya, kamu tidak jumpa rakyat. Orang bosan pasal tatakelola dan rasuah ini. Cakap soal lain.


"Saya kata, saya akan terus cakap sehingga saya berjaya hapus rasuah dalam negara ini," katanya.


Menurut PM, rasuah yang telah menjadi budaya di Malaysia ini perlu diperangi habis habisan agar tidak terus membazirkan harta negara sehingga penjawat awam tidak mampu dinaikkan gaji dan elaun biar pun negara kaya raya.


"Korupsi ini sistemik. Sebut Kementerian manapun, ada sakau, buat projek rosak, Bestarinet separuh jahanam. Itu Kementerian Pendidikan sebelum ini.


"Spanco (syarikat servis) kenderaan kerajaan kos begitu tinggi. Ada pegawai kata kepada saya kalau boleh batal, batalkan kerana lebih murah beri wang kepada pegawai tinggi kerajaan, beli kereta sendiri, urus sendiri lebih murah daripada yang dibuat sekarang. Di mana salahnya?


"Saudara didik anak anak ajar agama. Jarang sekolah menengah atau sekolah rendah yang didik agama sekuat kita dalam korikulum," katanya yang agak kecewa dengan hasil pendidikan penerapan nilai nilai Islam yang dimulakan beliau ketika menjawat Menteri Pendidikan pada era 1980an lalu.


Dalam pada itu, PM berkata, perang melawan rasuah akan beliau teruskan tanpa peduli kumpulan oligarki yang menguasai ekonomi negara kini bergabung untuk menyerang dan menumbangkan kerajaannya.


"Saya akan terus perang, saya tak peduli kumpulan bilionaire ini kumpul dan sepakat nak godam saya. Salah orang. InshaAllah tuhan beri kekuatan kepada saya, saya akan pertahan prinsip ini.


"Kerana ini saja cara selamatkan negara, hentikan amalan mencuri harta rakyat," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page