'Save Kelantan' strategi Husam gempur Pas




Kempen 'Save Kelantan' yang dilancarkan Senator Husam Musa baru-baru ini merupakan langkah berstrategi untuk menggempur Pas Kelantan yang tidak berupaya membangunkan negeri itu.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu, Azan Ismail, strategi Husam dijangka akan menarik minat golongan muda dan pengundi anak rantau yang tidak berpuas hati di atas kegagalan kerajaan Pas menyelesaikan masalah air bersih biar pun beberapa pemimpin parti itu telah menjadi menteri Persekutuan.


"Apa yang Husam cuba utarakan adalah kepimpinan Pas sama ada di Kelantan tidak menunjukkan kesan yang baik selepas 3 tahun memerintah.


"Strategi Husam adalah untuk memberi penerangan kepada rakyat bahawa Pas tidak berjaya bawa apa yang dijanjikan (sejak puluhan tahun).


"Saya pasti, berbaki dua tahun lagi mustahil untuk Pas laksanakan apa yabg dijanjikan mereka dalam pilihan raya sebelum ini," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Baru-baru ini Husam melancarkan kempen 'Save Kelantan' sebaik sahaja beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden dan Bendahari Amanah Pusat.


Perletakkan jawatan tersebut, kata Husam, bagi membolehkan beliau menumpukan lebih banyak perhatian kepada negeri Kelantan dan melaksanakan strategi tersendiri menghadapi Pas di kubu kebal mereka.


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio