Ahli parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd. Nasir menyifatkan strategi satu lawan satu dalam Perikatan Nasional (PN) seperti 'menembak kaki sendiri'
Menurutnya, strategi itu kelihatan sukar dilakukan sebagaimana diimpikan oleh Presiden Pas Hj Hadi Awang dalam temubual media baru-baru ini.
Bagi Akmal, belum pun strategi itu dibincangkan dalam jawatankuasa bersama, parti-parti yang berebut kerusi seperti Umno dan Bersatu telah pun berbalah.
"Jadi Pakatan Harapan (PH) hanya perlu menumpukan kepada soal isu-isu rakyat dan keadaan semasa.
“Cuma saya rasa komen Presiden Pas itu adalah seperti 'tembak kaki sendiri'. Maksudnya, dia nak beritahu kawan-kawan dia sendiri (sukarnya satu lawan satu),” katanya dipetik.
Hadi dalam sesi wawancara baru-baru ini yakin Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai Umno, Pas dan bakal disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tetapi dengan syarat hanya bertanding satu lawan satu.
Menurut beliau, formula satu lawan satu berdepan PH jika dipersetujui membolehkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dicapai.
Namun parti-parti yang dicadangkan Hadi itu sering berebut kerusi, malah Pas juga merebutkan kerusi kawasan Melayu yang sama.
Comentarios