top of page

Sasaran pingat untuk Sukan Asia 2022 diumum tak lama lagi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 20, 2023
  • 1 min read


Sasaran ditetapkan untuk kontinjen negara pada Sukan Asia 2022 akan diumumkan tidak lama lagi selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan menjalani bengkel penetapan sasaran pingat pada Selasa ini.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata prestasi mengecewakan kontinjen negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Mei lepas tidak boleh dijadikan kayu ukur dalam menetapkan sasaran temasya di Hangzhou, China, bulan depan.


"Seperti sedia maklum, Sukan Asia diwakili atlet lebih senior manakala Sukan SEA disertai atlet junior jadi konteksnya berbeza.


"Memandangkan atlet negara terlibat ke Sukan Asia 2022 telah menjalani persiapan sejak dua tahun lepas, kita mengharapkan agar mereka dapat memberikan persembahan terbaik nanti," katanya dipetik.


Sukan Asia 2022 yang ditunda penganjurannya susulan Covid-19 bakal berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober ini.


Pada Sukan SEA Kemboja, berlangsung dari 5 hingga 17 Mei lepas, Malaysia menduduki tempat ketujuh selepas mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, iaitu pencapaian terburuk dalam sejarah penyertaan dalam temasya dwitahunan itu sejak 1959, selain gagal mencapai sasaran ditetapkan 40-37-64.


Kontinjen Malaysia memenangi tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa pada Sukan Asia 2018 di Indonesia sekaligus menyaksikan mereka menduduki ranking ke-14 daripada 45 negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page