top of page

Sasaran KKD capai 80 peratus internet 5G sebelum akhir 2023



Oleh: Abdullah Zaid


Sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memperluaskan rangkaian 4G sebanyak 80 peratus sebelum akhir tahun 2023 tercapai.


Menterinya Ahmad Fahmi Fadzil berkata, selain 4G, KKD juga berhasrat untuk mencapai 80 peratus rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.


"4G kita dah capai 97 peratus capaian di seluruh negara. Manakala, 5G telah mencapai 73 peratus jadi sedikit sahaja lagi untuk kita capai 80 peratus sebelum akhir tahun ini," katanya dalam program Apa Khabar Malaysia: Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang disiarkan di Bernama TV, hari ini.


Jelasnya, KKD sedang giat memperkasakan Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) bagi memastikan dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dilaksanakan dengan baik.


"Masalah internet terutamanya menara yang hanya memberi perkhidmatan kepada satu syarikat telco sahaja.


"Justeru, KKD melibatkan kerjasama semua syarikat telco untuk menggunakan satu menara sahaja dan perkhidmatan itu dimulakan di Melaka. Sekiranya, berjaya kita akan mulakan pula di seluruh negara,” ujarnya.


Dalam pada itu, katanya, KKD sedang meneliti penggunaan teknologi satelit sebagai usaha baharu menambah baik sistem komunikasi negara terutama di kawasan pedalaman.


"Ada beberapa syarikat menyatakan hasrat untuk melaksanakan menara satelit ini.


"Jika kita mampu laksanakan perkara itu maka ia membolehkan kita mencapai internet di mana-mana sahaja," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page