top of page

Sarawak layak nikmati kekayaan ekonomi, pembangunan



Rakyat Sarawak selayaknya menikmati hasil limpahan kekayaan ekonomi dan pembangunan negara yang sama adil dan saksama dengan warga Semenanjung.


Pendirian itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai.


"Ingin saya tegaskan bahawa rakyat Sarawak selayaknya menikmati hasil limpahan kekayaan ekonomi dan pembangunan yang sama adil dan saksama dengan warga Semenanjung seperti kata pepatah Melayu, “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.


"Tumpuan Kerajaan Perpaduan adalah bagaimana dapat dinoktahkan kemiskinan pada tahun ini, dan ini tentunya akan memberi manfaat kepada negeri Sarawak, serta jurang mesti dirapatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.


"Mewakili pihak kerajaan saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak," katanya melalui hantaran di Facebooknya sambil diiringi slogan 'Segulai Sejalai' dalam bahasa Iban yang bermaksud 'Berjalan Seiringan'.


Tarikh 22 Julai disambut sebagai Hari Sarawak bagi mengenang tarikh wilayah itu mencapai kemerdekaannya dari penjajahan Inggeris pada 22 Julai 1963.


Tarikh ini juga menyaksikan Gabenor Inggeris yang terakhir Sir Alexander Waddell secara simbolik menyerahkan kuasa pentadbiran Sarawak kepada rakyat (self rule) melalui Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page