top of page

Sarawak kuasai Affin Bank, dicadang buka pinjaman beli saham AirBorneo

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 17
  • 1 min read


Kemakmuran Kerajaan Sarawak terbukti apabila berjaya membeli syarikat penerbangan Maswings dan menguasai saham majoriti Affin Bank dalam jarak waktu yang hampir serentak.


Bagi Senator Abun Sui Anyit, perkembangan hebat itu amat baik kepada ekonomi negeri kerana bank yang dikuasai Kerajaan Sarawak boleh memberi pinjaman atau bantuan yang bersesuaian kepada penduduk dan perusahaan kecil tempatan.


"Baru-baru ini Sarawak bukan sahaja membeli Maswings tetapi juga membeli majoriti saham dalam Affin Bank.


"Affin Bank dikatakan membuka Pusat Wilayah di Kuching untuk luluskan pinjaman komersial yang dipemudahkan.


"Ini sangat bertepatan untuk memajukan rakyat Sarawak yang berminat dengan pemilikan saham," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu mencadangkan agar Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Affin Bank untuk menyediakan pakej pinjaman mudah pembelian saham Maswings yang kini dikenali sebagai AirBorneo kepada masyarakat tempatan yang layak bagi berkongsi menikmati kekayaan negeri.


"Affin Bank wajar mencipta pakej pinjaman khas untuk rakyat Sarawak yang layak membeli Saham dalam AirBorneo, khusus bagi para pelabur pemula termasuk masyarakat Orang Ulu.


"Selaras dengan dasar Kerajaan Sarawak yang mengamalkan share prosperity beyond region and ethnic, maka usaha atau program ini sangat sesuai diadakan," kata Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page