top of page

Saranan tangguh pelaksanaan PADU tidak berasas - Rafizi



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menolak gesaan Lawyers for Liberty (LFL) agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga pindaan dibuat ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010.


Bercakap dalam satu sidang media di kementeriannya pada Khamis Rafizi berkata, cadangan itu langsung tidak berasas kerana data-data di bawah agensi kerajaan dikawal oleh akta tertentu.


LFL tegas Rafizi perlu mengetahui perbezaan antara data di bawah APDP dan data awam sebelum membuat gesaan itu.


"Kalau kita mengikut komen-komen daripada Lawyers for Liberty (LFL) maka, kita kena tutup Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) kerana PADU ini data yang dikumpul bukan data baharu.


"Jika kita mahu tunggu akta PDPA diluluskan maka, kerajaan tidak boleh teruskan apa-apa proses yang melibatkan rakyat termasuk program subsidi bersasar," katanya dipetik.


Beliau mengulas kenyataan Pengarah LFL, Zaid Malek yang mahu pelaksanaan sistem PADU sebelum pindaan APDP mendedahkan orang ramai kepada risiko pencerobohan dan kebocoran, penipuan dan penyalahgunaan lain.


Mengulas lanjut, Rafizi menambah, data awam dikawal selia oleh akta bagi setiap agensi yang mengutip data awam di negara ini.


"Saya berharap LFL akan terlebih dahulu memahami perbezaan antara (data di bawah) PDPA dan data awam. Ini kerana data awam dikawal selia oleh akta bagi setiap agensi yang mengutip data awam.


"Kalau pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), perkara kebertanggungjawapan, kerahsiaan data dan pengendalian data penjawat awam telah masuk dalam akta JPJ," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page