top of page

Saranan kurangkan kadar harga internet disambut baik Ahli Parlimen BN



Saranan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin agar kadar harga internet dikurangkan ketika rakyat bergelut menghadapi kegawatan ekonomi disambut baik oleh Ahli Parlimen BN.


Shamsul mencelah dalam sesi perbahasan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang mencadangkan agar kerajaan Perikatan Nasional mempertimbangkan untuk memberi subsidi data internet kepada pelajar yang terpaksa belajar secara atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.


"Yang Berhormat Parit, satu soalan sahaja. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa harga atau kadar internet ini wajar dikurangkan sekarang?" tanya Shamsul dalam sesi Dewan Rakyat sebelah pagi.


Persoalan itu dipersetujui oleh Nizar yang mahu subsidi tertentu diperuntukkan kerajaan, terutama kepada golongan mahasiswa bagi mengurangkan beban mereka membeli data intenet untuk menjalani kelas atas talian.


"Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Saya bersetuju untuk pihak kerajaan menimbang agar (kadar harga) talian internet ini dapat dikurangkan, supaya anak-anak kita atau mahasiswa kita dapat memanfaatkan (penggunaan internet)," katanya.


Kadar pakej data internet pelan pasca bayar semakin rendah sejak Pakatan Harapan berkuasa pada 2018. Namun kadar untuk pelan pra-bayar masih dianggap tinggi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page