top of page

SARA sistem 'komunis': AMK Indera Mahkota buat laporan polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read

AMK Indera Mahkota membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan
AMK Indera Mahkota membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Indera Mahkota membuat laporan polis terhadap dua pemimpin pembangkang berhubung kenyataan yang didakwa berunsur penghinaan dan hasutan terhadap institusi diraja serta kepimpinan negara.

Laporan berkenaan merujuk kepada kenyataan ADUN Tanjung Lumpur, Datuk Rosli Abdul Jabar dalam satu ceramah di Jelai yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Selain itu, laporan turut dibuat terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor, berhubung kenyataannya yang menuduh program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai sistem “komunis” serta berunsur perkauman.


"AMK Indera Mahkota menegaskan kenyataan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana mampu menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat.


"Justeru tindakan tegas perlu diambil agar politik kebencian tidak terus menular," kata mereka dalam satu kenyataan.


Laporan difailkan Timbalan Ketua AMK Indera Mahkota, saudara Abdul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada Jumaat.

Menerusi kenyataan sama, AMK Indera Mahkota menzahirkan komitmen untuk terus mempertahankan institusi diraja, menyokong kepimpinan Perdana Menteri serta memperkukuh semangat perpaduan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page