top of page

SARA: senarai baharu barangan dikemaskini sebelum Ramadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik untuk memperluas skop keperluan yang boleh dibeli menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), agar tidak hanya terhad kepada senarai sedia ada.


Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, terdapat permintaan supaya senarai tersebut diperluaskan merangkumi barangan basah seperti ikan dan ayam bagi memberi kelegaan lebih menyeluruh kepada rakyat.

Justeru jelasnya, senarai baharu barangan keperluan yang boleh dibeli menerusi SARA akan dikemas kini dan diumumkan selewat-lewatnya sebelum Ramadan tahun ini.


"Kementerian sedang meneliti penambahan barangan lain, termasuk barangan basah.


"Kita jangkakan sebelum Ramadan ini ia dapat dilaksanakan supaya menjelang Aidilfitri, atau perayaan-perayaan lain selepas ini, dapat memberi kelegaan kepada masyarakat (untuk membeli barangan)," katanya dipetik.


Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAM Malaysia berkata begitu kepada pemberita selepas menyertai aktiviti gotong-royong sempena Program Menyelusuri Desa - Jelajah Kasih Madani di Surau Kampung Perak, Bukit Selambau, di Sungai Petani pada Sabtu.


Dalam perkembangan sama, beliau berkata lebih banyak kedai kecil khususnya di kawasan luar bandar akan diberi peluang menyertai program SARA bagi memudahkan penerima mendapatkan barangan keperluan berhampiran tempat tinggal masing-masing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page